Petua Hilangkan Gastrik

 

7 Petua Mudah Hilangkan Gastrik

Baca juga artikel: Cara Menghilangkan Gastrik Secara Tradisional.

 

Antara petua yang anda boleh amalkan untuk hilangkan masalah gastrik ialah:

1. Makin sambil duduk dan kunyah perlahan-lahan

Makin sambil duduk adalah satu perbuatan yang baik dari sudut kesihatan dan juga agama.

Nabi s.a.w sendiri menganjurkan makan sambil duduk bagi setiap orang Muslim.

 

Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik R.A menyatakan:

عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ نَهَى أَنْ يَشْرَبَ الرَّجُلُ قَائِمًا ‏.‏ قَالَ قَتَادَةُ فَقُلْنَا فَالأَكْلُ فَقَالَ ذَاكَ أَشَرُّ أَوْ أَخْبَثُ

MaksudnyaSesungguhnya Nabi SAW melarang daripada meminum sambil berdiri.

Qatadah bertanya bagaimana pula dengan makan (sambil berdiri)?

Anas menjawab: “Yang demikian itu adalah lebih buruk dan tercela.

Sahih Muslim (2024)

 

Jadi bagi mengelakkan anda mengalami masalah gastrik, anda boleh amalkan makan secara duduk dan makan secara perlahan-lahan. Jika anda makan dengan gopoh, perut akan terpaksa bekerja dengan lebih keras dan merembaskan lebih banyak gas semasa mencerna makanan.

 

2. Berhenti makan chewing gum

Anda penggemar chewing gum dan mengalami gastrik?

Mungkin dah sampai masa untuk anda berhenti mengunyah chewing gum sekarang.

Mengunyah chewing gum akan menyebabkan banyak angin masuk melalui mulut anda.

Selain itu juga, pemanis tiruan yang digunakan dalam chewing gum, sorbitol, juga akan menyebabkan perut anda masuk angin.

 

3. Berhenti minum minuman bergas

Minuman bergas boleh menyebabkan masalah gastrik. Minuman jenis ini merembaskan gas karbon dioksida.

Buih yang anda lihat semasa air gas dibuka itu akan menyebabkan perut berangin dan tidak selesa.

Kalau anda minum dari straw, udara berlebihan akan masuk semasa anda menyedut air bergas tersebut. Aduh, tak sangkakan?

Ini menyebabkan perut anda akan rasa lebih tidak selesa dengan kehadiran udara tersebut.

 

4. Makan sedikit tapi kerap

Bagi menghilangkan gastrik yang anda hadapi, anda boleh makan secara sedikit tapi dengan kerap.

Cuba makan 5 hingga 6 kali sehari dengan portion yang kecil.

InsyaAllah berat badan anda tak naik dan gastrik yang anda hadapi akan beransur-ansur pulih.

 

5. Makan on time 

Walau sesibuk mana pun ada sehari-hari, jangan sesekali tinggalkan waktu makan.

Waktu makan yang paling penting sekali ialah sarapan!

Biasanya, golongan muda yang kerap meninggalkan sarapan.

Tak pelik kalau ramai pelajar sekolah dan kolej yang mengalami masalah gastrik.

Mereka selalu skip sarapan dan hanya makan pada waktu pukul 12 tengah hari ke atas.

Sekadar cadangan, boleh simpan stok roti seperti roti Gardenia berperisa RM0.90 sebagai bekal pada waktu pagi.

Ataupun sebelum ke kelas, minum segelas air Milo atau Oat sebagai sarapan pagi.

 

6. Berhenti merokok

Aduh, ini yang sangat berat bagi sebilangan besar lelaki. Berhenti merokok!

Dalam banyak-banyak petua yang penulis kongsikan, rasanya ini paling sukar untuk dicuba.

Kalau anda nak tahu, merokok akan menyebabkan peningkatan penghasilan asid di dalam perut, melambatkan penyembuhan luka dan meningkatkan risiko kanser perut.

Saya tak nak ulas panjang, anda bijak memilih jalan hidup yang sihat dan bebas rokok dan gastrik!

7. Mengurus stress

Masalah dan tekanan di tempat kerja boleh menyebabkan stress kepada sebilangan besar kita.

Anda nak tahu apa yang berlaku bila anda stress? Tekanan tinggi meningkatkan pengeluaran jus gastrik dalam perut.

Bagaimana nak atasi stress? Okay ini tipsnya. Senaman secara teratur di gym atau di taman rekreasi sangat membantu anda untuk kekal rileks dan tenang.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here