Gejala Gastrik

Tahukah anda tentang penyakit gastrik? Kepada mereka yang tidak tahu, gastrik dapat dikaitkan dengan sakit perut yang melampau disebabkan beberapa faktor tertentu terutamanya anda yang tidak makan mengikut waktu seperti yang ditetapkan.

Menurut doktor pakar, anda yang tidak menghiraukan sakit gastrik atau tidak mengambil serius tentang penyakit ini akan mengalami masalah yang menyebabkan fungsi jantung terganggu. Kepada mereka yang sihat tanpa sebarang penyakit, mereka akan menghadapi sakit yang melibatkan jantung sekiranya gastrik menyerang anda dan berterusan tanpa mengambil sebarang tidakan.

Gejala gastrik semakin berleluasa di negara kita. Malah, penyakit gastrik dapat memberikan tekanan kepada anda yang menghadapinya kerana bimbang kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang.

Pelbagai cara moden dan cara tradisional dapat digunakan untuk merawat penyakit ini namun ada yang sanggup pergi ke klinik berdekatan dan membayar beribu-ribu ringgit untuk menghilangkan sakit ini dengan cara pembedahan. Tidak mudah untuk menghilangkannya dengan begitu sahaja. Ia mungkin akan memberikan kesan yang tidak baik kepada anda pada masa akan datang.

Close-up of doctor holding new medicine

 

 

 

 

 

CARA HILANGKAN SAKIT GASTRIK

Seperti yang anda tahu, sakit gastrik ini sering dialami oleh orang yang tidak mengikuti waktu pemakanan yang betul. Ianya akan memberi kesan kepada perut dan sering mengalami sakit perut yang berterusan. Gastrik tidak akan hilang sekiranya tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh anda yang kurang berusaha untuk mencegahnya. Terdapat pelbagai cara untuk hilangkan sakit gastrik iaitu dari segi cara tradisional dan juga cara moden. Saya akan kongsikan selanjutnya mengenai cara merawat dan menghilangkan sakit gastrik.

Perkara-perkara yang anda boleh amalkan untuk mencegah sakit gastrik ini ialah:

  • MENGELAKKAN MAKAN MAKANAN PEDAS ATAU MASAM

Sudah pasti anda dan juga orang disekeliling anda gemar mengambil makanan pedas dan juga masam sebagai pembuka selera. Seperti yang diketahui, makanan yang mengandungi kepedasan dan masam yang melampau tidak elok untuk tubuh badan kita. Ini kerana makanan pedas dan masam akan meningkatkan kadar asid yang berlebihan yang akan dikumpul di dalam perut. Potensi untuk anda mengalami sakit gastrik agak tinggi sekiranya masih makan makanan pedas dan masam setiap hari.

  • KURANGKAN MAKANAN YANG BERKAFEIN DAN BERKARBONAT

Memang tidak dinafikan anda dan orang sekeliling gemar minum minuman berkafein seperti kopi radix, nescafe dan lain-lain jenis kopi yang dijual di negara kita ini. Kebanyakan tujuan minum minuman berkafein ini ialah untuk menghilangkan mengantuk terutamanya ketika sedang memandu. Tidak semua antara kita yang berkesan untuk mencerahkan mata apabila minum minuman berkafein dan berkarbonat. Kopi mempunyai beberapa jumlah kimia yang dapat memberi tindak balas kepada otak manusia supaya sentiasa berasa segar dan bertenaga. Terdapat pelbagai jenis makanan yang dapat menggantikan kopi untuk menyegarkan diri anda antaranya ialah avocado, dark chocolate dan juga pisang.

 

  • DIGALAKKAN MINUM SUSU

Pengambilan susu tidaklah begitu digalakkan ketika serangan gastrik datang secara tiba-tiba. Namun, ia sangat digalakkan diminum ketika gastrik tidak menyerang kerana susu mempunyai banyak khasiat. Menurut doktor yang berpengalaman merawat pesakit yang mengalami gastrik, anda akan mengalami sakit yang lebih teruk sekiranya minum susu kerana susu lebih membantu untuk perembesan asid di dalam perut. Oleh itu, bagi mencegah penyakit gastrik kembali menyerang, minumlah susu ketika anda berada dalam keadaan yang sihat dan tidak diserang gastrik.

 

RAWAT GASTRIK TERUK

Zaman moden sekarang telah banyak mengeluarkan pelbagai produk untuk merawat gastrik yang dikatakan kronik sehingga memberikan kemudaratan terhadap diri sendiri. Antara produk yang dikeluarkan di pasaran ialah produk Shaklee. Produk Shaklee semakin menular dikalangan remaja malah dikalangan golongan yang sudah berumur kerana produk ini bebas daripada sebarang bahan kimia dan dikatakan sangat sesuai untuk merawat pelbagai penyakit seperti angin, sakit tulang belakang dan juga gastrik.

  • Shaklee OsteMatrix

Antara salah satu produk Shaklee yang dijual yang sesuai untuk dimakan oleh pesakit gastrik yang kronik ialah Shaklee OsteMatrix. OsteMatrix ini sesuai dimakan oleh pesakit gastrik kerana ia mengandungi susu yang bersifat alkali dimana ia dapat meneutralkan asid yang berlebihan di dalam perut. Produk ini dikatakan sangat sesuai untuk sesiapa yang menghidap allergic susu dan membantu proses pencernaan dengan baik sehingga dapat membantu anda membuang air besar pada waktu pagi dengan baik.

 

  • Shaklee ESP

Selain itu, Shaklee ESP juga dapat membantu anda untuk menahan diri daripada lapar dan berasa perut kosong. Selain berfungsi sebagai menahan anda daripada rasa lapar, Shaklee ESP juga bertindak untuk pulihkan kesan luka yang terdapat pada perut yang mengandungi asid yang berlebihan.

 

 

Add Comment