Kenali Sakit Gastrik (Updated 2018)

Pernah dengar kebanyakan orang merungut mengalami sakit perut? Mereka sering mengalami sakit perut yang tidak pasti tentang puncanya. Hal ini dapat membahayakan kesihatan orang ramai yang tidak mempedulikan punca sakit perut yang mereka alami.

Apa itu gastrik?

SAKIT GASTRIK

Sakit perut dapat dikaitkan dengan gastrik iaitu penyakit yang sering berlaku apabila seseorang tidak mengambil pemakanan mengikut waktu yang ditetapkan.

Salah satu sebab yang menyebabkan seseorang mengalami penyakit ini ialah asid gastrik yang menghakis dinding-dinding permukaan perut untuk tujuan pencernaan makanan.

Asid gastrik ini akan terus menghakis dinding-dinding permukaan perut apabila perut kita memerlukan makanan sehingga kita berasa lapar. Proses penghakisan ini akan berlanjutan sehingga dinding permukaan perut menjadi nipis sebelum kita mengalami gastrik. Penyakit gastrik ini sangat mudah untuk menyerang dan hilang secara tiba-tiba.

Mari saya kongsikan serba sedikit tentang penyebab gastrik berlaku dikalangan kita.

PENYEBAB UTAMA GASTRIK

Banyak penyebab atau punca gastrik berlaku dikalangan orang ramai. Antaranya ialah:

MAKANAN PEDAS

Memang tidak dinafikan ramai antara kita suka makanan pedas. Sekiranya tidak pedas, mereka hilang selera makan. Makan makanan pedas akan menghasilkan banyak asid untuk tujuan pencernaan. Dinding pada permukaan perut akan lebih nipis. Ini disebabkan hakisan yang berlaku sehingga seseorang itu berasa tidak selesa dan sering sakit perut.

MAKANAN MASAM

Selain makanan pedas, makanan yang masam seperti jeruk, air limau yang kuat rasa masamnya serta lemon boleh menyebabkan gastrik. Makanan yang sangat masam juga mengandungi asid yang dapat menghakis dinding perut yang membuatkan kita berasa sakit secara tiba-tiba.

KOPI

Kopi memang menjadi kegemaran orang ramai. Lebih-lebih lagi bila ingin berjaga pada waktu malam untuk memandu, mengulang kaji pelajaran dan sebagainya. Minum minuman yang berkafein ini sudah menjadi tabiat dikalangan pelajar apabila mereka ingin berjaga untuk menyiapkan kerja pada waktu malam sehingga siap. Kelenjar jus gastrik di perut akan bertambah aktif apabila kita minum minuman berkafein ini kerana ia bertindak sebagai perangsang saraf manusia.

MEROKOK

Sudah sedia maklum bahawa merokok sangat membahayakan kesihatan orang sekeliling serta perokok itu sendiri. Kita perlu tahu bahawa merokok juga adalah penyebab gastrik kerana menurut kajian sains, bahan kimia yang terdapat di dalam rokok tersebut dapat merangsangkan kelenjar jus gastrik di dalam perut.

CARA MERAWAT GASTRIK

Setiap penyakit mesti mempunyai penawarnya yang tersendiri. Gastrik juga mempunyai cara yang tersendiri untuk menyembuhkannya dengan cara yang mudah. Kita perlu makan makanan yang berkhasiat dan yang memberikan nutrisi yang mencukupi untuk tubuh badan kita supaya dapat menjaga perut daripada menghasilkan sebarang asid yang akan menyebabkan hakisan dinding permukaan perut.

Tambahan pula, amalan pemakanan mengikut waktu juga sangat penting untuk mengelakkan penyakit gastrik ini. Merawat dengan cara ini sangat mudah kerana kita hanya perlu makan pada waktu yang ditetapkan untuk mencegah gastrik.

Amalan pemakanan cuka juga perlu dielakkan bagi orang yang sering meletakkan cuka di dalam makanan atau buat sebagai minuman setiap hari. Cuka mempunyai asid yang tertentu juga dapat menghakis dinding permukaan perut kita.

Sangat mudah untuk seseorang merawat penyakit gastrik kerana mereka hanya perlu mengelakkan daripada makan makanan yang bergoreng, tercemar, berminyak dan makanan yang akan memberikan dan menghasilkan asid yang berlebihan di dalam perut untuk tujuan pencernaan. Sayur-sayuran sangat berhasil untuk mencegah penyakit gastrik.

Brokoli dan lobak merah sering dimakan oleh kebanyakan orang kerana mempunyai rasa yang enak sekaligus dapat mencegah penyakit yang sering dialami oleh orang ramai. Selain itu, pengambilan yogurt juga sangat digalakkan kerana yogurt bersifat alkali dimana ia dapat meneutralkan semua asid yang berlebihan di dalam perut.

Atau kalau anda tak tahan sangat order je penawar gastrik kat sini, SWITCH GEL!

 

 

 

Add Comment