Penawar Gastrik

4 Penawar Gastrik Terbaik

 

Penawar Gastrik

 

Penawar gastrik yang kami akan kongsikan dalam post kali ini sangat mudah untuk aplikasikan dan tanpa perlu ke klinik. Dalam 4 penawar gastrik semulajadi yang kami kongsikan anda boleh pilih 1 yang sesuai dengan anda. Tetapi ada syarat yang anda perlu ikuti. Syaratnya anda perlu cepat makan bila dah rasa lapar. InsyaAllah penyakit gastrik anda tidak lagi akan berulang.

Penawar Gastrik Tradisional

Untuk mencegah gastrik anda perlu amalkan tiga perkara ini. Pertama jangan makan dengan cepat atau gelojoh. Kedua jangan makan kalau anda masih lagi kenyang. Ketiga terus makan kalau perut dah rasa lapar. Ini adalah ubat gastrik paling mujarab!

Selain ubat gastrik gaviscon yang dijual di farmasi, anda boleh menggunakan baking soda sebagai penawar gastrik. Cara nak amalkannya mudah je. Ambil segelas air dan bancuh dengan setengah sudu. Kalau sakit masih ada dalam 20 minit, teruskan minum lagi. Soda sifatnya alkali manakala gastrik pula asid berlebihan dalam perut. Soda dapat menawarkan asid dalam perut. Tapi kaedah ini tidak boleh dikira sebagai ubat gastrik tradisional kerana baking soda adalah bahan kimia juga. Jadi gunakan secara bersederhana.

Antara makanan untuk gastrik yang mudah untuk diamalkan ialah air alkali. Air alkali ini kalau anda biasa dengar air kangen. Minum sehingga anda hilang sakit. Kesan minum air alkali badan anda akan lebih segar dan perut kurang lapar berbanding biasa.

Madu lebah adalah penawar semulajadi yang terbaik. Tak kisah anda ada gastrik ulser, gastrik angin dan gastrik teruk sekalipun. Madu lebah mempunyai manfaat yang terbaik untuk manusia. Cara untuk mengamalkannya ialah denganmeminum sesudu sebelum tidur dan sesudu selepas bangun.

Jadi itu sahaja perkongsian kami mengenai penawar gastrik yang anda boleh amalkan.

Add Comment