Rawatan Gastrik Secara Tradisional

Terdapat pelbagai jenis cara moden untuk merawat gastrik dengan mudah iaitu dengan pengambilan pil-pil atau vitamin yang sering dipromosikan di laman sosial untuk mempengaruhi pembeli membeli produk-produk tersebut bagi merawat penyakit gastrik. Namun, kadang kala kita juga perlu kembali kepada rawatan secara tradisional kerana ianya lebih selamat dan bebas daripada sebarang bahan kimia yang akan kita amalkan sepanjang hayat. Mari saya kongsikan serba sedikit rawatan tradisional yang berkesan bagi mereka yang mengalami gastrik.

  • MADU

Rawat gastrik secara tradisional

Anda tahu apa itu madu? Madu mempunyai pelbagai jenis dan ia merupakan ubat yang dikatakan mujarab untuk semua penyakit. Kebanyakan orang telah berjaya menyembuhkan penyakit dengan hanya berusaha makan atau minum madu yang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Madu adalah makan untuk gastrik.

Terdapat satu hadis yang menguatkan lagi tentang khasiat madu dan mampu merawat pelbagai penyakit iaitu disebutkan oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Ubat terbahagi tiga iaitu minum madu, berbekam dan membakar dengan api dan umatku dilarang membakar dengan api”. (Riwayat Bukhari) Dari sini kita dapat lihat bahawa madu sangat sesuai untuk merawat gastrik secara tradisional.

  • TEH CHAMOMILE

Pernahkah anda dengar tentang khasiat the ini? Jarang sekali kita lihat orang ramai menggunakan teh ini untuk menghidangkan kepada tetamu atau untuk diminum sendiri bersama keluarga. Chamomile adalah salah satu produk perubatan yang sangat digalakkan kepada orang ramai untuk membelinya bagi merawat sebarang penyakit seperti gastrik. Sifatnya yang anti-inflamatori dan dapat melegakan otot-otot yang sakit di sekitar kawasan perut dapat mencegah gastrik daripada berlaku serta dapat mengurangkan pengembangan yang menyebabkan gastrik dan sakit perut seseorang itu.

  • HALIA

Halia adalah makanan yang sering diletakkan di dalam masakan untuk menaikkan rasa dan bau yang harum. Sekaligus membantu kita untuk merawat sebarang penyakit secara tradisional seperti gastrik. Halia dikenali sebagai sejenis makanan yang dapat membantu kita membuang angin yang ada di dalam tubuh badan secara efektif. Ia juga dapat meredakan sakit perut yang dialami. Untuk cara pengambilannya, anda perlu merebus akar halia sebelum diminum bersama teh untuk kesan yang lebih efektif.

 

 

PETUA GASTRIK

Memang secara fizikalnya nampak mudah untuk merawat penyakit gastrik. Tetapi, hanya antara anda yang rajin dan konsisten untuk mengambil segala makanan yang disarankan sebagai rawatan tradisional gastrik sahaja yang dapat menghilangkan penyakit ini. Anda sebagai manusia hanya mampu untuk berusaha merawat penyakit gastrik dengan pelbagai cara. Namun, jangan kita lupa bahawa Allah SWT yang mampu menyembuhkan segala penyakit anda dengan segala usaha yang dilakukan diturutkan serta dengan doa.

Setelah diteliti serba sedikit rawatan gastrik secara tradisional, kini saya akan kongsikan petua yang sangat mudah untuk elakkan gastrik daripada berlaku. Menurut doktor yang banyak mempunyai pengalaman merawat penyakit gastrik, mereka menyarankan kepada pesakit bahawa:

  1. Sentiasa makan tepat pada waktunya. Sebagai contoh, anda perlu mengambil sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam mengikut waktu yang ditetapkan.
  2. Elakkan daripada minum air manis selepas makan dan seeloknya mengamalkan air suam atau air mineral untuk memudahkan pencernaan dan penghadaman makanan.
  • Makanan masam seperti jeruk juga perlu dikurangkan kerana jeruk mempunyai asid yang dapat menghakis dinding-dinding permukaan perut sehingga mengakibatkan gastrik.
  1. Elakkan makan makanan yang terlalu pedas dan masam kerana ini akan menimbulkan kesakitan perut yang melampau bagi mereka yang tidak biasa dengan makanan pedas.

Demikian saya kongsikan petua gastrik yang perlu diamalkan untuk mencegah penyakit ini daripada kembali atau sentiasa berasa sakit perut. Untuk anda yang belum pernah mengalami sakit gastrik, anda dinasihatkan supaya sentiasa jaga pemakanan dan mengikut segala petua yang telah dinyatakan seperti di atas.

 PENAWAR GASTRIK TRADISIONAL

Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa penawar bagi penyakit gastrik yang boleh anda ketahui serta amalkan. Antaranya ialah:

  • PENGAMBILAN BAKING SODA

Dikatakan baking soda juga mampu merawat pesakit yang mengalami gastrik. Tetapi anda perlu tahu cara yang betul untuk mengambil baking soda ini sebagai penawar gastrik. Tidak dinafikan baking soda tidak begitu memberikan kesan yang baik terhadap kesihatan anda. Namun, ia bersifat alkali dimana ianya dapat meneutralkan asid yang ada di dalam perut serta membantu menghilangkan gastrik secara berperingkat. Salah satu cara untuk menggunakan baking soda ini ialah anda perlu membancuhnya dengan hanya mengambil satu sudu baking soda dan bancuh sehingga rata. Disarankan minum setiap 20 minit untuk memastikan gastrik dapat dipulihkan secara berperingkat.

  • SENTIASA AMALKAN MADU LEBAH

Seperti rawatan tradisional yang digunakan untuk pesakit gastrik, madu sangat memberikan kesan yang positif terhadap penyakit gastrik. Menurut surah An-Nahl ayat ke-69, Allah telah memberitahu kepada umat manusia melalui ayat Al-Quran tersebut, “Daripada perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.” Terbuktilah bahawa madu lebah sangat mujarab untuk memulihkan penyakit gastrik yang sering dialami oleh pesakit gastrik.

  • TIDAK MAKAN DENGAN GELOJOH

Ini dapat ditekankan apabila tibanya bulan Ramadhan kerana kebanyakan antara anda gemar membeli makanan yang begitu banyak dan berbuka puasa dengan cara gelojoh. Ini kerana anda berasa begitu lapar sehingga tidak makan secara perlahan sehingga makanan betul-betul hadam di dalam mulut. Elakkan makan ketika anda berasa kenyang kerana ia akan memaksa perut anda menerima makanan dan menambahkan lagi asid yang ada di dalam perut sehingga menyebabkan gastrik.

Add Comment