Tanda-tanda Gastrik

Tanda-tanda Gastrik & Punca Gastrik

Tanda Gastrik

Pendahuluan: Tanda-tanda Gastrik

Bagi anda yang belum pernah mengalami gastrik atau mungkin sedang mengalami masalah gastrik. Di bawah ini kami kongsikan kepada anda 10 tanda-tanda gastrik yang anda perlu ambil tahu!

  1. Bahagian perut / abdomen terasa sakit. Anda selalu rasa sakit pada bahagian perut / abdomen? Kalau ya, tolong berhati-hati anda mungkin mengalami masalah gastrik. Kadang-kala sakit yang anda rasakan itu sangat teruk sehingga tidak mampu untuk bangun. Sekiranya ini terjadi, tolong ke hospital / klinik berdekatan ya!
  2. Perut rasa senak dan berangin. Hati-hati sekiranya anda kerap terasa senak dan berangin di bahagian perut. Senak dan berangin ini adalah petanda bagi masalah gastrik. Jangan lupa untuk kerap makan dalam kuantiti yang sedikit.
  3. Perut kembung dan rasa tidak selesa. Perut terasa kembung dan turut berasa tidak selesa ini disebabkan angin-angin terkumpul di bahagian tersebut.  Cuba kurangkan saiz hidangan semasa makan dan makan secara perlahan-lahan untuk mengelakkan rasa tidak selesa.
  4. Kerap sendawa. Sekejap-sekejap sendawa? Mungkin anda mengalami masalah gastrik sebenarnya. Kerap sendawa juga boleh menyebabkan pedih ulu hati dan perut kembung. Cuba kawal pemakanan anda untuk mengurangkan kerap sendawa.
  5. Kentut selepas makan. Bunyi macam lucu kan? Tapi bagi yang mengalami masalah gastrik biasanya mereka akan kerap kentut. Sekiranya anda mengalami masalah ini, cuba untuk kawal makan dan makan secara perlahan-lahan supaya anda tidak menelan banyak udara semasa makan.

 

Punca-punca

Di bawah ini, kami kongsikan beberapa punca-punca gastrik yang anda boleh take note:

1. Disebabkan ubatan

Kalau anda ada mengambil ubatan seperti aspirin, mungkin ini salah satu punca anda mendapat sakit gastrik.

2. Jangkitan kuman

3. Meminum minuman beralkohol

4. Masalah buah pinggang

5. Stress melampau

6. Masalah pencernaan (Crohn’s Disease / Ulcerative Colitis)

Cara Merawat Gastrik

Ada beberapa cara mudah bagi anda untuk merawat gastrik ni. Anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah:

Kenalpasti Punca Penyakit

Cara paling mudah anda perlu berjumpa dengan doktor. Doktor akan mengenalpasti apakah punca gastrik yang anda hadapi. Kalau anda mengambil alkohol secara berlebihan, doktor akan menasihati anda untuk berhenti. Kalau dari sebab alahan ubat, anda akan dinasihati untuk berhenti atau menukarkan ubat yang lain.

Ubat-ubatan

Ubat seperti antacids boleh digunakan untuk mengurang masalah gastrik. Kalau masalah gastrik anda disebabkan oleh bakteria H. pylori , doktor akan mencadangkan anda mengambil antibiotik bersama ubat menyekat asid perut (H2 antagonists atau H2 blockers)

Add Comment